Isnin, 10 November 2008

BIDANG MEMCORAK DAN MEMBUAT REKAAN ALAF BARU


Selamat datang ke blog ilham kreatif2. Di dalam blog ini, kami art team Pendidikan Seni di Sekolah Kebangsaan Institut Perguruan Kuala Terengganu menyediakan kemahiran dan jugapengetahuan yang memberi fokus kepada murid-murid tahap dua yang mengambil matapelajaran tersebut. Guru melatih pelajar dengan beberapa teknik tertentu agar pelajar boleh menghasilkan karya dan dengan baik terutamanya persoalan asas dalam empat bidang utama dalam PSV sekolah rendah iaitu bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan dan juga mengenal kraf tradisional.

----------------------------------------

MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid-murid untuk memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi satu rekaan lain. Bidang ini terbahagi kepada dua iaitu corak terancang dan corak tidak terancang. Corak terancang adalah corak yang dihasilkan dengan dirancang terlebih dahulu, manakala corak tidak terancang adalah corak yang terhasil secara tidak sengaja ataupun tidak dirancang hasilnya.

KEGIATAN MENCORAK & MEMBUAT REKAAN

· Cetakan

· Tiupan

· Titisan

· Ikatan dan Celupan

· Pualaman

· Capan

· Lipatan dan Guntingan

· Resis

· Renjisan dan Percikan

· Kolaj

· Lukisan

· Kaligrafi

· Catan

IKATAN DAN CELUPAN

Ikatan dan celupan ialah proses mencorak kain dengan mengikat bahagian-bahagian tertentu kain dan kemudiannya dicelupkan dalam pewarna kain.

Dalam proses tersebut, terdapat beberapa cara untuk mengikat kain. Tiap-tiap satu jenis ikatan akan menghasilkan berlainan corak. Di antara jenis ikatan itu ialah:

1. Simpulan

2. Ikatan

3. Lipatan

4. Jahitan

PUALAMAN

Pualaman adalah proses menghasilkan corak tidak terancang dengan menggunakan bahan yang tidak bercampur dengan air iaitu cat minyak yang telah disatukan dalam bekas yang dipenuhi oleh air.

Proses ini memerlukan campuran beberapa warna cat minyak di dalam air dan kemudiannya permukaan kertas akan diletakkan ke ke dalam campuran tersebut dan kemudianya diangkat setelah warna-warna yang bercampur tadi memenuhi ruang permukaan kertas. Hasilnya terjadilah corak tidak terancang yang sungguh menarik.

RESIS

Resis ialah teknik menghasilkan lukisan atau corak dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak bercampur di antara satu sama lain seperti cat air dan cat minyak, cat air dan lilin atau kanji dan cat air.

Dalam teknik resis, cara penggunaan bahan-bahan adalah penting. Krayon atau lilin mestilah ditekankan dengan kuat di atas permukaan kertas supaya cat air tidak meresap bila disapu ke atasnya.

Pada proses mencorak dengan teknik resis ini, murid-murid perlu melukis corak-corak dan mewarna keseluruhan permukaan dengan warna yang terang terlebih dahulu. Seterusnya apabila lapisan pertama telah kering, ulangi langkah melukis corak dan kemudian mewarnakannya lagi sehingga lima kali ulangan ataupun lima lapisan. Lapisan terakhir akan menyerlahkan kesan resis yang menarik sekiranya disapu dengan warna gelap.

RENJISAN DAN PERCIKAN

Renjisan dan percikan adalah teknik menggunakan warna lilin ataupun krayon yang direnjis atau dipercikkan di atas sesuatu permukaan. Teknik ini memerlukan kawalan yang baik dan perlu berhati-hati kerana krayon perlu dibakar terlebih dahulu untuk dicairkan dan kemudiannya dipercikkan di permukaan kertas.

Melalui teknik ini, hasil corak tidak terancang yang dihasilkan dapat dijadikan satu karya yang mempunyai nilai estetika yang tinggi.

TITISAN

Titisan adalah teknik menggunakan warna lilin ataupun krayon yang dititis di atas sesuatu permukaan. Teknik ini memerlukan kawalan yang baik dan perlu berhati-hati kerana krayon perlu dibakar terlebih dahulu untuk dicairkan dan kemudiannya dititiskan di permukaan kertas.

Permukaan kertas yang telah dititis dengan lilin akan disapukan dengan warna dan dibiarkan kering. Ulangi proses tersebut sehingga lima ulangan untuk mendapatkan hasil yang cantik dan menarik.


------------------------------------------------------------------------------------------------


CONTOH CORAK TIDAK TERANCANG


1.TIUPAN WARNA

Pengenalan:

Aktiviti ini melibatkan murid – murid menghasilkan reka corak tidak terancang melalui aktiviti meniup warna menggunakan penyedut minuman.


Bahan : Penyedut Minuman/Warna Air/ Kertas lukisan/Air/ Bekas Pembancuh Warna



Prosedur

  1. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan
  2. Murid-murid meniup titisan warna dengan mengikut tunjukcara daripada guru. (Lampiran)
  3. Murid-murid mempamerkan hasil kerja kumpulan masing-masing.
Langkah-langkah :


1. Warna dicampurkan sedikit air. Titisan warna diambil dengan penyedut minuman.




2.

Titiskan warna pada kertas lukisan.












3.Tiup Titisan warna.









4.Tiupan boleh dilakukan serentak.








5. Hasil yang telah sempurna.







----------------------------------------------------







2.
CORAK TERANCANG/CAPAN – PELEPAH PISANG

Keratan Pelepah pisang/Kertas lukisan/Warna Air/Air/Bekas Pembancuh Warna/Berus/Pisau.



Prosedur

1 Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan

2 Murid-murid menggunakan keratan pelepah pisang untuk membuat capan dengan mengikut tunjuk cara daripada guru. (Lampiran)

3 Murid-murid mempamerkan hasil kerja kumpulan masing-masing.


Kesan Capan Yang Tertera Pada Kertas Lukisan.



Ha
sil Yang Sempurna


-----------------------------------------------------------------------------------------


REKAAN ALAF BARU

Rekaan alaf baru diberikan pengetahuan dan kemahiran tentang corak dan rekaan yang boleh dikasilkan dengan penggunaan computer ataupun melalui perisian tertentu. Dalam pendedahan ini, guru mengajar murid menggunakan perisian Microsoft word atau Microsoft Paint untuk menghasilkan kertas pembalut hadiah, hiasan dinding dan sebagainya.


Contoh Aktiviti


1.Kertas Pembalut Hadiah

Bahan: Komputer dan perisian Microsoft word atau Microsoft Paint.


Prosedur

1 Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan

2 Murid-murid menggunakan perisian microsof word di makmal komputer. (Lampiran)

3 Murid-murid mempamerkan hasil kerja kumpulan masing-masing.

Langkah-langkahMurid membuat beberapa contoh bentuk-bentuk asas spt segitiga sama, segi empat.




2. Murid menghasilkan motif menggunakan bentuk-bentuk asas.




3 Murid mengaplikasikan teknik reka letak menggunakan aplikasi komputer Microsoft word dalam ide terbaik yang di pilih.







Contoh Rancangan Mengajar



BUTIRAN KEGIATAN

HASIL PEMBELAJARAN

STRATEGI P&P

Aktiviti 1

Guru mempamerkan bentuk-bentuk asas atau gambar-gambar berkaitan.

· Menerangkan jenis-jenis bentuk-bentuk asas

- Segi empat tepat

- bulat

- segi tiga

Aras 1

Mengaplikasikan jenis-jenis bentuk asas.

KBKK

* Kritis

- membanding bezakan setiap jenis bentuk-bentuk asas

TKP

* Psikomotor

Aktiviti 2

Guru menunjukkan beberapa contoh pembalut hadiah.

Murid dapat menjelaskan memahami dan mengenal fungsi pembalut hadiah.

- Peranan warna, huruf dan gambar.

TKP

* Verbal Linguistik

Aktiviti 3

Guru menerangkan bentuk-bentuk asas berpandukan pengetahuan sedia ada murid.

- Murid menghasilkan corak menggunakan bentuk-bentuk asas.

-

Aras 2

Murid dapat mengolah bentuk-bentuk asas.

Masteri

KBKK

* kritis

BUTIRAN KEGIATAN

HASIL PEMBELAJARAN

STRATEGI P&P

Aktiviti 4

Murid membuat lakaran ide untuk reka letak bentuk-bentuk asas yang telah dipilih.

Guru berbincang bersama murid untuk memilih reka letak terbaik untuk penghasilan.

Murid dapat mempelbagaikan kaedah penghasilan reka letak.

· komputer – clip art

· aplikasi Microsoft word (autoshapes)

ICT

KBKK

· kreatif

Aktiviti 5

Murid mengaplikasikan teknik reka letak menggunakan aplikasi komputer Microsoft word dalam ide terbaik yang di pilih.

Aras 3

Murid dapat menghasilkan hasil kerja grafik secara aplikasi komputer Microsoft word.

Contoh hasil murid

KBKK

* kreatif

Sesi Apresiasi dan refleksi

Murid dapat mengenali bentuk-bentuk asas dan serta mempelajari pelajaran reka bentuk asas grafik.

TKP

· verbal linguistik



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

The casino site review, bonuses, promotions & more - LuckyClub
The casino site review, bonuses, promotions & more. Lucky Club is an international online gambling platform luckyclub that brings together a broad variety of games from leading

olathejaeschke berkata...

Wynn Resorts Casino, Las Vegas - MapyRO
View 군산 출장안마 maps, reviews and information 태백 출장안마 for Wynn Resorts Casino, Las Vegas in Las Vegas, NV. 충청북도 출장안마 Wynn Las 여수 출장샵 Vegas is the latest 오산 출장마사지 hotel to reopen with a refreshed resort